Saya akui cinta
saya terhadap kekasih saya sudah pudar setelah saya mengetahui dia
mempunyai perempuan lain di belakang saya. Namun, saya tertanya-tanya,
mengapa saya sangat sukar untuk melepaskannya? Kenapa hati saya masih
memberontak supaya jangan mensia-siakan 3 tahun bersama dia. Saya rasa
sangat rugi dan menyesal andai melepaskannya kerana telah macam-macam
yang saya lakukan sepanjang 3 tahun ini. Adakah ini cinta? Kenapa susah
melepaskannya?
Jawapan Cinta;
Kadang kita harus melepaskan seseorang
meskipn kita sangat mencintainya, ini bukan kerana kita tak lagi
mencintainya, tapi kerana setelah segala usaha yang kita lakukan
langsung tidak membuatnya mencintai kita. Bukankah itu hanya sia-sia?
Menanti seseorang yang kita pasti telah mengkhianati cinta yang setulus
ikhlas yang kita berikan?
Yakinlah, kelak Allah akan mengantikan
seseorang yang cintanya lebih besar dan lebih tulus lagi dari apa yang
pernah kita berikan.
Namun janganlah sampai itu membuat kita
menutup diri, jadikan itu sebagai pengalaman sekaligus pembelajaran
diri untuk lebih HATI-HATI, dan lebih baik lagi. IKHLAS kan, maka Insya
Allah akan di gantikan-NYA dengan yang lebih BAIK.. Dan yang pasti HATI
nya tak akan pernah lagi berpaling pada yang lain, kerana dia hadir
untukmu atas PILIHAN-NYA.
No comments:
Post a Comment